Saturday, 12 December 2015

GREAT WAL CHINA..

t
Hari ketiga di Beijing 29 Mei 2013, saya berpeluang menjejakkan kaki ke Tembok Besar China yang sangat terkenal dalam sejarah dunia. Sehingga ia dicatatkan antara benda ajaib di dunia.
Sememangnya ia cukup unik dan bersejarah. Tangganya sahaja cukup tinggi dan dengan ukuran yang berbeza. 
    
     Menurut sejarah Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga Zaman Negeri-negeri Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan dan raja pelbagai negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri masing-masing telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan. Pada tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan China.

     

      Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang lebih 5 ribu kilometer bagi menghalang serangan askar suku kaum normad di padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Projek Tembok Besar sungguh menakjubkan.

Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.

Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.

Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung, di sebelahnya adalah lereng gunung terjal yang curam. Tentera musuh sukar untuk melancarkan serangan terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar.

Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Tinggi Tembok Besar umumnya belasan meter dan lebar di atas Tembok Besar itu kira-kira 5 meter, 4 orang askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan makanan dapat diangkut di atasnya. Askar boleh turun dan naik menerusi tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam. Banyak kubu pertahanan telah dibina di sepanjang Tembok Besar. Kubu pertahanan itu mempunyai banyak fungsi. Fungsi pertama ialah tempat askar berlindung semasa berperang. Mereka juga boleh berehat di kubu itu pada waktu aman disamping menjadi tempat menyimpan senjata dan bekalan bahan makanan, apabila musuh menyerang, tahi serigala dibakar di atas kubu pertahanan tersebut membentuk asap untuk menyampaikan isyarat bahaya dengan segera.

     Tembok Besar China yang termasyhur itu mengandungi semangat dan perasaan bangsa China dan kini telah menjadi lambang bangsa China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia.


itulah antara sejarah tembok besar China yang saya baca. Peluang melawat sendiri Great Wall ini memang akan menjadi sejarah dalam hidup saya. Sangat mengkagumkan. Saya melalui terowong yang merupakan sebahagian daripada struktur Great Wall sebelum menaiki tangga naik ke atas. Pengunjung memang tidak tidak putus-putus.



Anak-anak tangga di Great Wall tidak sekata tetapi agak tinggi dan curam.. 
tour guide kami menerangkan berbagai sejarah tentang Great Wall.
matahari yang terik sedikit pun tidak mematahkan semangat saya menjelajah di sekitar great wall... sesungguhnya besar sungguh kuasa Allah swt yg memberikan idea kpd kaum terdahulu utk membinanya.. namun suatu yg perlu menjadi renungan buat kita ialah betapa kuat pun sesuatu kaum.. akhirnya hanya tinggal sejarah.. hanya Allah swt yg paling berkuasa dan kekal selamanya...

peluang melawat dan melihat sendiri keajaiban dunia ini semoga dapat juga meningkatkan keyakinan dan ketakwaan kita kepada Allah swt.. insyaallah




Saturday, 17 May 2014

SUMMER PALACE BEIJING

Selepas keluar dari istana kami bergerak menuju ke istana musim panas... Summer Palace... istana ini dibina oleh raja dan merupakan sebuah tasik buatan manusia... tak dapat membayangkan bagaimana proses membina tasik ini pada zaman tersebut... dengan teknologi yang terhad sudah pasti banyak keringat dan tenaga manusia yang digunakan....

 gambar tak berapa jelas kerana cuaca agak berkabus, berangin dan sejuk...
 ini kawasan persekitaran tasik... 
 tasik ini memang besar dan luas... kedalaman ???? tak pasti tapi dari warnanya... 

 ini bangunan di tengah tasik....

 bot yang digunakan untuk membawa pelancong ke tengah pulau...
 ini di atas bukit... persekitarannya memang cantik...
namanya lagi istana... jadi persekitarannya memang cantik...

 ini di atas bukit... tangganya diperbuat daripada bongkah batu... pokoknya macam bonsai dengan keunikan tersendiri...  
Tak pasti pokok bunga apa kat belakang tu... entah-entah pokok sakura kot...



 ini gambar di atas jambatan berhampiran jeti... kalau dilihat dibelakang... memang tasik ni cukup luas....




Di tengah tasik dibina sebuah istana... bagi kemudahan raja di musim panas... Beijing mengalami musim panas yang agak panas... jadi raja  membina istana ini bagi memastikan istana senantiasa sejuk walaupun di musim panas... macam kelas fizik saya... ini merupakan konsep seperti bayu laut dan bayu darat.... 

betapa pandainya Raja China untuk mengelakkan musim panas yang melampau di China... Musim panas di China boleh melebihi 40 darjah celcius... Lily kata kalau lebih 40 darjah... kerajaan China akan bagi cuti kepada semua... tapi setakat ni tak pernah dapat cuti walaupun suhu sangat panas... mungkin termometer mereka rosak kot...

Istana ini pernah dibom pada zaman... dah tak ingat tapi ada disebut oleh tour guide kami Lily...
kami menaiki bot untuk pergi ke istana tersebut... kata tour guide kami jarang pelancong pergi ke istana tersebut... kami dikenakan caj tambahan lebih kurang RM 15 rasanya... dah alang-alang sampai... 

perjalanan menaiki bot hampir 10-15 minit ... sememangnya tasik ini cukup luas... istana ini dibina diatas bukit... pemandangannya memang cantik... sepanjang laluan bukit dibina menggunakan bongkah batu... di atas bukit terdapat pokok-pokok seperti bonsai yang sangat cantik...   kebetulan kami pergi masih lagi musim bunga... angin bertiup laju dan agak sejuk tetapi pemandangan agak kabur kerana banyak kabus...


sebenarnya itulah kekurangan bila pergi musim bunga... angin sangat kuat dan agak berkabus... gambar yang diambil kurang cantik... tetapi suhu memang ok sebab macam kat Cameron Highland... sejuk-sejuk biasa je....

 nasib baik dua hari je macam tu masuk hari ketiga di beijing... panas dah... 


Friday, 2 May 2014

ISTANA LARANGAN ...

Hari kedua di Beijing... bermula seawal jam 2.30 pagi... solat subuh kemudian tidur balik sekejap... tapi hari dah nak siang... tak boleh tidur sangat... aktiviti bermula jam 8.30 pagi... tapi pukul 4 pagi dah terang macam pukul 8 pagi... 
Tour guide kami, Lily... terlalu menepati masa... janji jam 8.30 pagi tapi pukul 8.00 pagi dah kalut memastikan kami berada di lobi hotel... 
Orang Cina di China ni sangat menepati masa... macam semalam... terlewat sedikit sahaja dah tak boleh masuk Istana Larangan (Forbidden City)... hari ni kena pergi lagi ke sana untuk acara lawatan yang tergendala semalam... 
Istana Larangan terletak berhampiran dengan Tournament Square... jadi kena berjalan kaki dari situ ke Istana Larangan... Aktiviti lawatan di China memang banyak berjalan... makan pulak banyak sayur... memang sihat...

Askar berkawad di jalan sekitar Beijing.... kami sudah di pesan oleh Lily supaya tidak mengambil gambar askar kerana ia tidak dibenarkan... memang ada pelancong yang cuba mengambil gambar askar secara dekat semasa masuk ke istana larangan... tiba-tiba je askar yang tegak macam patung tu melenting marah...


Semasa kami sampai di luar istana... hujan renyai-renyai ... tapi memang ramai orang telah berkumpul untuk masuk ke dalam.... istana larangan ini di kelilingi oleh tembok yang tinggi....







 Ini antara cenderamata yang dijual diluar istana... topi dan perhiasan untuk anak-anak kecil.... comel.. macam opera cina pulak..


Terdapat banyak bangunan di dalam istana.... kami cuma berjalan melintasi bangunan ini terus ke hadapan....terbayang kehebatan maharaja cina.... tetapi akhirnya menjadi sejarah juga... hanya Allah s.w.t yang maha berkuasa.. tiada yang kekal dan abadi....




Tembok yang tersergam... sukar ditembusi pada satu masa lalu... 

Lantai atau kawasan pejalan kaki yang diperbuat daripada batu....
 Istana Larangan (Forbidden City) suatu masa dahulu tidak dibenarkan dimasuki oleh orang biasa.. setelah kejatuhan dinasti... kerajaan China membenarkan orang ramai memasuki istana ini... dikatakan pada masa dahulu maharaja China mempunyai 3000 gundik dan 20000 dayang ...  Istana ini sangat besar...

 Pada sesiapa yang berminat.... boleh menyewa pakaian  dan mengambil gambar...





masih lagi dalam istana... banyak lorong disini sebab setiap bangunan terpisah oleh lorong... selepas ni bergerak ke taman di raja... banyak pokok bonsai dan batu hiasan ...cantik dan agak unik

Tengok tamannya memang cantik dengan bonsai dan batu hiasan yang unik dan menarik...
 Yang ini pokok bonsai yang unik dan besar sepanjang jalan keluar dari istana...
 Sudah selamat keluar dari kawasan istana... Dibelakang tu pintu gerbang istana... bukan senang nak menceroboh istana...

Sekeliling istana terdapat kolam air bagi mengelakkan orang menceroboh masuk... begitu ketat sekali kawalan mereka masa zaman tu... tapi sekarang pun sama... dimana-mana sahaja ada askar yang berkawal... macam robot pulak tu... 


Sunday, 24 November 2013

Beijing...musim bunga ke musim panas

Keindahan kota Beijing sememangnya sangat indah... apatah lagi semasa kami sampai di sana musim bunga hampir berakhir dan menanti musim panas ....
Bunga ros berkembangan di sana-sini... terutamanya di sepanjang jalan.... ditanam di ruang pembahagi jalan dan di persimpangan jalan... sememangnnya sangat menarik...
Kami sampai awal pagi di sini... sekitar jam 2 pagi... selepas melalui perjalanan hampir 6 jam menggunakan pesawat MAS...
Musim panas di Beijng bermula pada akhir bulan Mei dan perubahan waktu juga begitu ketara... Subuh masuk seawal jam 3 pagi dan matahari muncul pada jam 4 pagi... 
Kami yang baru saja sampai pada jam 2 pagi dan masuk ke hotel... akhirnya kebingungan kerana matahari sudah cerah pada jam 4 pagi dan aktiviti bermula pada jam 8 pagi... jam 8 pagi sudah seperti tengahari... tetapi 2 hari pertama kami di sini 26 mei dan 27 mei hari tidak panas dan cuaca macam kat cameron highland dingin dan berangin... 
Tempat pertama kami tujui ialah Datarann Tianmen... dipenuhi oleh bunga persekitarannya..

Dataran Tianmen berhampiran dengan Istana Larangan dan Bangunan Mo Tze Tung. Bangunan Mo Tze Tung ni ialah tempat dimana Mo Tze Tung ditempatkan... setiap hari tempat ini dipenuhi ribuan orang terutamanya masyarakat tempatan...

Selepas itu kami bergerak ke Istana Larangan yang bersebelahan dengan Dataran Tianmen... tapi sebab berjalan kaki dan melalui lorong dibawah tanah terasa penat juga... Disini terdapat askar pengawal yang tak bergerak... macam patung... tapi jangan berani nak ambil gambar... dia melenting pulak... disini boleh ambil gambar tapi tidak boleh dengan pengawal... dilarang sama sekali...
Dibelakang tu bangunan Mo Tze Tung... ramai yang berbaris nak masuk dan dikatakan jika nak masuk perlu datang awal seawal jam 4 pagi dah ada yang beratur...


 Ini perkarangan pintu masuk ke Istana larangan... dikatakan istana ini menempatkan hampir 3000 gundik raja dan lebih 20000 dayang... penat-penat berjalan kaki dari Dataran Tianmen... tiba-tiba tak boleh masuk sebab masa melawat ditutup awal hari tu dan kami lewat beberapa saat sahaja tidak dibenarkan masuk... 
Pemandung pelancong kami memang agak kecewa tetapi berjanji akan datang lagi esok...dan lebih awal... 
Kemudiannya kami berjalan kaki menyusuri istana larangan menuju ke kedai sutera... 


Disepanjang jalan tu ... berbagai papan tanda dan bas... 

Kami menuju ke kedai sutera... ramai juga yang membeli kain sutera... harganya boleh tahan tetapi penjagaannya yang agak rumit memang tidak sesuai untuk saya yang suka kain yang lebih mudah dijaga... kebetulan pula coraknya tidak begitu menarik perhatian saya...
Disini mereka akan menunjukkan proses pembuatan sutera daripada ulat sutera... sehingga menjadi kain... 



Selepas itu kami bergerak ke Pertunjukan Akrobatik Ais... ini merupakan akrobatik terbaru meluncur di atas air...
Sebelum persembahan bermula kami menghabiskan masa di persekitarannya yang sangat indah...






Selepas berposing di persekitaran bangunan teater ... kami menikmati persembahan akrobatik... Aurora Fairyland... memang best..tapi tak boleh ambil gambar di dalam takut mengganggu artis membuat persembahan... ada juga suami ambil beberapa video...yang paling best sekali yang persembahan dalam gegelung besar sebab dia tak guna apa-apa hanya lompat-lompat je... memang best... insyaallah ada rezeki boleh tengok lagi...